Benjamin Mendy
Benjamin Mendy

Benjamin Mendy

† Kemunculan (Gol).
Benjamin Mendy (Sebutan bahasa Perancis: [bɛ̃ʒamɛ̃ mɛndi]; lahir 17 Julai 1994) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi bek kiri untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City dan pasukan kebangsaan Perancis.Selepas memasuki akademi belia kelab Le Havre, Mendy memulakan kerjaya kelabnya bersama pasukan simpanan kelab itu pada tahun 2010 sebelum beliau akhirnya ditawarkan menyertai pasukan utama setahun kemudian. Beliau kekal bersama Le Havre sehingga tahun 2013 apabila beliau menyertai kelab Ligue 1, Marseille. Mendy seterusnya menghabiskan tiga musim bersama pasukan Les Olympiens sebelum berpindah ke Monaco yang mana beliau menjuarai trofi liga pada musim 2016–17. Pada musim panas 2017, Mendy melakukan perpindahan ke kelab Inggeris, Manchester City dengan rekod perpindahan termahal bagi pemain pertahanan. Selanjutnya, beliau meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim pertamanya di England.Mendy melakukan penampilan sulungnya untuk skuad senior Perancis pada tahun 2017 selepas beliau pernah melakukan penampilan untuk pasukan belia Perancis pada peringkat bawah-16, bawah-17, bawah-18, bawah-19 dan bawah-21. Mendy juga sebahagian daripada pasukan Perancis yang menjuarai kejohanan Piala Dunia FIFA 2018.

Rujukan

WikiPedia: Benjamin Mendy http://www.africatopsports.com/2013/07/13/elie-bau... http://www.asmonaco.com/en/article/benjamin-mendy-... http://www.asmonaco.com/en/player/benjamin-mendy-2... http://bleacherreport.com/articles/2707470-monaco-... http://bleacherreport.com/articles/2725005-benjami... http://www.espnfc.com/report?gameId=424679 http://www.espnfc.com/story/3190925/kylian-mbappe-... http://www.eurosport.com/football/coupe-de-france/... http://www.goal.com/en/news/8/main/2017/03/16/3369... http://www.hac-foot.com/actualite/benjamin-mendy-s...